Post kali ini adalah tentang tugasan yang perlu kami buat untuk tugasan yang ke-5 di dalam kelas BBM 3410 Bahasa dan Multimedia. Terkejut juga dengar Dr Notts bagi tugas..Video seram selama 4 minit dan mesti masukkan sound effect dan tidak boleh bercakap..
Adoi mana nak korek idea ni..Masa cuti pertengahan semester pulak Dr Notts suruh buat. Selalunya selama 4 tahun aku di UPM akulah budak didalam bilik aku yang selalu cabut balik kampung paling awal tetiba disebabkan kerja yang menimbun kalendar la, poster la, cari jurnal la untuk subjek minor, terpaksa aku merelakan diri aku balik kampung paling lewat iaitu hari sabtu. Balik kampung tak sampai seminggu dah kena datang UPM nak buat video seram memang bukan kesukaan aku lah datang awal UPM.
Kalau nak ikutkan idea macam-macam yang kumpulan kami bincangkan untuk video. Gantung dirilah, tandas berhantulah dan akhirnnya kami bersepakat membuat video seram yang mempunyai pengajaran yang sangat berguna untuk semua umat manusia yang bertajuk Dosa Semalam.
Kumpulan kami memilih untuk membuat video sepasang kekasih yang terlanjur dan akhirnya mengandung. Disebabkan lelaki itu tidak mahu bertanggungjawab, lelaki itu telah memukul si perempuan itu sehingga mati. Disebabkan roh si mati itu tidak tenang dia masih di bilik itu walaupun sudah lebih 20 tahun kejadian ittu berlaku sambil membawa bayi bersama.
Video ini kami rakamkan di Bilik Pidato FBMK..Jangan lepas tengok video ini ada pelajar yang takut nak masuk bilik ni sudahlah sebab ini hantu manusia ja bukan hantu betol-betol.
Kemudian tiba masa untuk memilih sound effect untuk diletakkan di dalam video. Susah jugak sebab kami perlu betul-betul sesuaikan sound effect tersebut dengan setiap babak yang kami lakonkan. Hampir 2 hari lebih proses kami untuk edit video. Susah kan!! Sebenarnya proses nak edit video ni bukan lama sangat tetapi disebabkan mula-mula kumpulan kami menggunakan window movie maker. Software Window Movie Maker cepat hang. Jadi kami telah membuat keputusan untuk edit video menggunakan Video Pad.. Mudah lah sikit proses edit.
Video seram dari Wardatul Shaukah..Harap-harap seramlah yek!!
Watak Hantu Dosa Semalam
Pelakon-pelakon Dosa Semalam
Bersama Jurukamera Dosa Semalam