Assalamualaikum kawan-kawan semua..............
Nurul Jannah bt Omar
(153984)
Tanggal 22 Mei 2013 tamatlah sudah kelas BBM 3410 ini. Berakhirlah sudah segala bebanan tugas dan edit mengedit dalam subjek ni. Tapi sekarang sunyi dan bosan pulak sebab semua keja dah siap. Duduk saja temenung je la. Kalau sebelum ni tiap hari aku sibuk dengan pelbagai tugasan sampaikan rumate aku cakap dah x de orang lain kalau tido paling lambat dan bangun paling awal dalam bilik kecuali aku sorang walau[un diaorang pon banyak keja tapi aku lagi banyak keja yang kena siapkan. Memang sem ni betul-betul sibuk berbanding tahun-tahun lain...tapi setiap usaha menuju kejayaan kan ibadah..hehehehhe...jadi jangan mengeluh!!!!
Dalam kelas ni banyak benda yang aku belajar pasal multimedia yang memang aku x pernah tahu. Pertama sekali aku belajar empat asas grafik iaitu teks, warna, mudah dan kesesuaian dan keseimbangan.
Kedua belajar cara menangkap gambar emosi dalam bentuk mug shoot, full shoot dan medium shoot.
Mug Shoot (kecewa)
Medium Shoot (ceria)
Full Shoot (berfikir)
Tugasan ketiga kami perlu merakamkan video one shoot iaitu kamera tidak dibenarkan bergerak dan hanya berada di satu tempat sahaja. Kami perlu menyanyi tanpa suara dan menari. Kumpulan kami memilih untuk menari tarian tradisional lagu yang bertajuk Nirmala... saksikan hehehehhe..............
Tugasan keempat kami perlu menyiapkan gambar yang mencerminkan simpulan bahasa yang kumpulan aku pilih. Menurut Dr Noots, manfaat yang kami dapat dari gambar tersebut adalah tidak perlu menulis erti simpulan bahasa tersebut kerana gambar sudah menunjukkan erti bagi simpulan bahasa tersebut. Gambar simpulan bahasa tersebut aku telah post sebelum ini. Salah satu contoh gambar simpulan bahasa itu adalah simpulan bahasa Janda Berhias.
Tugasan kelima, kami perlu melakonkan sebuah video seram. Iaitu video hantu atau pembunuhan. Kumpulan aku telah bersepakat memilih video hantu walaupun kami sendiri agak takut melakonkan babak-babak dalam video ini...seram la katakan!!! Disebabkan aku tak boleh nak upload dan ambik dr you tube sebab dia tulis video not found jadi aku hanya dapat bagi link sahaja..saksikan Dosa Semalam...hihihihihi
http://www.youtube.com/watch?v=8FNnD7VfGRU
Tugasan keenam, kami perlu melakonkan sebuah video tanpa wajah. Tak kisahlah nak gunakan tangan kaki ke asalkan x nampak wajah.Video ini dapat membuatkan penonton berfikir tentang jalan cerita yang ingin disampaikan walaupun agak sukar difahami tetapi mesej penyampaian dapat disampaikan. Kumpulan aku bersepakat memilih tangan dan tajuk video kami adalah Demi Masa.. Disebabkan aku tak boleh nak upload dan ambik dr you tube sebab dia tulis video not found jadi aku hanya dapat bagi link sahaja..saksikan .......
http://www.youtube.com/watch?v=2h3pZ9ZwW8Y
Tugasan terakhir yang kami perlu lakukan adalah fotografi gambar unik, video kebiasaan orang Melayu dan video pengajaran. Dalam video pengajaran ini kami telah memilih tajuk tentang Adab. Video terakhir ini kami perlu bergabung kumpulan dan kumpulan aku telah bergabung dengan kumpulan Nirmala Sari...Disebabkan aku tak boleh nak upload dan ambik dr you tube sebab dia tulis video not found jadi aku hanya dapat bagi link sahaja..saksikan .......
Video kebiasaan orang Melayu jeng3 http://www.youtube.com/watch?v=FrLyWwhJ2I0
Seterusnya video pengajaran...jeng3 http://www.youtube.com/watch?v=4Jb62iBXcN0
Akhirnya video unik http://www.youtube.com/watch?v=SR7SuyZ2HvU
Ahli kumpulan Wardatul Shaukah
Berakhir sudah kelas multimedia tidak bermakna aku akan berhenti menulis blog. TERIMA KASIH Dr Noots ajar blog, web dan macam-macam lagi.. yang penting ukhuwah yang terjalin sepanjang menyiapkan tugasan-tugasan ini.. Sayang Dr Noots dan Wardatul Shaukah. Inilah pengalaman berharga dan hadiah istimewa iaitu video-video lakonan aku dan ahli kumpulan yang lain ketika kami merindui kelas ini kelak...
Ahli kumpulan Wardatul Shaukah (11)